:: Ejey+Farah+Harris ::

By: Hezil Mansor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Oct-2008 03:42 Email | Share | Bookmark
Satu Hari di Hari Raya



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua di mana jua anda berada.

Tahun ini seperti biasa kami beraya di Oita. Yg specialnye tahun ni kami dpt semayang raya di masjid baru Beppu. Alhamdulillah, ramai jugak yg dtg walaupun di hari bekerja. Makanan pun byk dan sedap2 belaka. Tahun ni tak bawak apa2 walaupun rumah dekat je ngan masjid sbb sembayang raya sgt awal, pukul 7 sudah takbir. Next time insyallah.


Kami dan warga Oita di Tanoura beach

Tiap2 tahun mesti pergi sembayang raya baru la ada feeling sket. Kalau tak it will just be another makan2 celebration. Lepas alas perut di pagi raya, org Oita ajak pegi berfoto di Tanoura beach. Cuaca tahun ni sgt bagus sbb taufan tak jadik datang Oita hehehe Seronok sgt berfoto sampai tak ingat tgk jam. Tup tap dah nak dekat kol 11. Kena pulang ke Beppu blk utk ziarah raya plak.


Happy happy di pagi raya


Mase ni Harris agak moody sbb mengantuk so sume pic dia masam memanjang.

Makan tengahari di rumah teman bersama warga Beppu. Makanan sungguh enak sekali sampai lupa nak amik gambar hehehe

Di belah petang kami bergerak ke Oita utk beraya dr rumah ke rumah. Tak sempat beraya di Kisyukusya, kami join beraya dr rumah Koei dan makan roti canai bersama kari mamaknye. Serious rase mcm mkn kat kedai mamak di Malaysia!

Kemudian kami ke rumah Doub mkn biskut raya 15 balang. Sepanjang 14 thn beraya kat Jepun, ni baru 1st time tgk dan mkn kueh raya sebanyak ni. Terima kasih tuan rumah, biskut sume sgt best!! Nnt jgn lupe bawak jamuan raya sabtu ni.


Nampak tak biskut raya yg penuh atas meja tuh.

Lepas tu kami beramai2 ke rumah Berd + Dumex + Aru. Di sana kami di jamu Soto dan sambal kicap Jawa yg saaaaangat sedap dan pedas. Tp, tuan rumah tersilap hidang daun kuchai yg sepatutnye daun bawang. Hehehe takpe boleh belajar dr kesilapan.


Besama Berd + Dumex.

Last skali, kami ke rumah Pekan n K. Lina. Di sana kami dijamu mertabak, nasi kunyit, rendang ayam, masak lodeh dan kuah kacang. Gambar tak sempat nak ambik sbb sibuk mkn

Satu hari di hari raya, kami mkn tak berhenti-henti dr pagi sampai mlm. At the end of the day, perut kami buncit dgn mknan yg sedap2 hehehehe Sambutan raya tahun ni merupakan sambutan raya yg paling happening sepanjang kami di Jepun. Terima kasih daun keladi kepada semua tuan rumah. Tahun depan bleh buat lagi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net